Tuesday, 3 June 2014

Kenyataan Media Program GO GREEN WITH SASET Daerah Bera



KENYATAAN MEDIA.

PROGRAM “GO GREEN WITH SASET” NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

BERA, 5hb Jun 2014 -  Sultan Ahmad Shah Environment Trust mengadakan satu program penghijauan di perhentian yang pertama daripada 11 Daerah dalam negeri Pahang Darul Makmur yang bertujuan bagi memulihara dan meningkatkan kawasan tersebut bagi memenuhi pemintaan sector Eco-Tourism di kawasan Tapak Ramsar dan juga mendidik golongan belia tentang pendidikandan kepentingan penghijauan alam sekitar disamping mengaplikasi teori melalui amalan praktikal. Pra Pelancaran ini bakal dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Abdul Rahim Bin Haji Nik (Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar).

SASET juga mensasarkan akan menanam pokok berjumlah 5000 batang di kawasan yang merangkumi saiz 70 ekar disamping bekerjasama dengan Pihak Perhutanan Negeri Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Pejabat Pelancongan Negeri Pahang, Persatuan Belia dan juga Pejabat Pendidikan Daerah serta Lain lain badan NGO yang mana melibatkan hampir 1000 orang golongan Belia dari seluruh semenanjung. SASET juga menyediakan pondok pendaftaran SASET ONE YOUTH Volunteer buat pertama kalinya bertujuan untuk menarik penyertaan dari golongan belia dari seluruh Negara.

Latarbelakang Program

Pada 18hb April 2014, SASET telah melancarkan Program GO Green With SASET dimana program tersebut telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom yang mana telahpun menjadi hasrat Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang yang mana mensasarkan sebanyak sekurang-kurangnya 2000 pokok disetiap daerah yang menjadikan jumlah keseluruhan sekurang-kurangnya 22000 batang pokok diseluruh negeri Pahang darul Makmur. Program ini mendapat kerjasama serta sokongan melalui perjanjian MOU diantara SASET dan Jabatan Pelancongan Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh Dato’ Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin.

Latarbelakang Yayasan / Organisasi

Sultan Ahmad Shah Environment Trust adalah sebuah Yayasan Alam Sekitar yang tidak berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 2011 bagi memenuhi hasrat dan minat Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah,DKII. Sejak dari tahun 2011 SASET Berjaya mengorak langkah demi langkah di bawah seliaan Yang Hormat Dato’ Aida Jusuf sebagai Pengarah Operasi dan juga penggerak utama yang telah diberikan tanggungjawab dan kepercayaan oleh KDYMM SULTAN PAHANG, DYMM SULTANAH PAHANG SULTANAH HAJJAH KALSOM dan juga YAM TENGKU ARIF TEMENGGONG PAHANG dalam memastikan SASET sentiasa menuju kearah objektif yang telah ditetapkan.



No comments:

Post a Comment